You have no items in your shopping cart.

Copied article link.

Cara Mudah Periksa Baki ‘Touch ‘n Go’ Jika Menggunakan IC

Picture of Cara Mudah Periksa Baki ‘Touch ‘n Go’ Jika Menggunakan IC

Namun begitu, tidak semua orang ‘rajin’ hendak membawa kad banyak-banyak dan lebih gemar memilih untuk menggunakan kad pengenalan atau IC sahaja sebagai kad Touch ‘n Go.

Selain daripada momen panik tidak jumpa kad Touch ‘n Go, terdapat satu lagi situasi yang jika boleh kita tidak mahu lalui sebagai pemandu iaitu tidak lain tidak bukan, baki kad Touch ‘n Go tidak mencukupi.

Disebabkan itu, adalah lebih baik jika kita periksa dulu baki Touch ‘n Go sebelum memasuki tol dan lebih memudahkan sekarang ini kerana sudah boleh periksa baki secara online menggunakan aplikasi Touch ‘n Go e-Wallet.

Akan tetapi, pastinya ramai yang tertanya-tanya sama ada boleh atau tidak jika mahu periksa baki Touch ‘n Go kalau menggunakan IC sendiri kan? Jawapannya mesti lah boleh.

Nak tahu macam mana cara-caranya? Berikut merupakan cara-cara memeriksa baki Touch ‘n Go jika menggunakan IC yang anda boleh lakukan.

1. Buka aplikasi TNG (Touch ‘n Go e-Wallet) klik (More).

Touch 'n Go

2. Tulis ‘TNG Card’ di ruangan carian kemudian klik pada ‘TNG Card’ tersebut.

Touch 'n Go

3. Klik ‘Add A New Card’.

Touch 'n Go

4. Masukkan nombor dan nama kad anda. Untuk nombor kad TNG atau Watsons, anda boleh tengok di belakang kad. Untuk IC pula, anda boleh tengok nombor siri atau nombor MFG di resit yang anda peroleh semasa tambah nilai TNG menggunakan IC.

Touch 'n Go

5. Klik ‘Submit’ dan baki Touch ‘n Go di IC anda akan dipaparkan.

Touch 'n Go

Macam mana? Senang saja kan! Anda boleh lah cuba cara mudah untuk periksa baki Touch ‘n Go secara online jika menggunakan IC.

 


This article appeared in beautifulnara.com.

Copied article link.